relax salam peace freedom
Antara kerjaya ibubapa dan pendidikan anak-anak.
Tuesday, December 24, 2019
Dilema Pesakit
Dilema pesakit antara akur dengan sistem perubatan moden dan tradisional konsevatif.
Kepercayaan pesakit, atau orang sekeliling pesakit tentang sesuatu penyakit amat terkesan dengan latar belakang ilmu, persekitaran dan kepercayaan mereka. Samada manusia itu lahir di timur atau di barat, sama saja.
Kepercayaan pesakit, atau orang sekeliling pesakit tentang sesuatu penyakit amat terkesan dengan latar belakang ilmu, persekitaran dan kepercayaan mereka. Samada manusia itu lahir di timur atau di barat, sama saja.
Monday, December 23, 2019
Sekolah kerajaan atau sekolah swasta?
Kehidupan manusia sekarang jauh berbeza dengan kehidupan pada zaman lima puluh tahun dahulu. kekangan masa, hambatan kerja, kejaran pada kerjaya, memerlukan perahan tenaga dalam menyusun keluarga dan hidupan seharian.
Oleh itu, sekiranya sistem pendidikan anak-anak menjadi hambatan dan sedikit gangguan kepada kejaran kerjaya ibubapa, sudah tentu ibubapa penjaga terpaksa beralih kepada inisiatif lain untuk lanjutan proses pendidikan anak-anak mereka.
Situasi terkini, kedapatan ramai ibubapa penjaga menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. samada di peringkat tadika, rendah, menengah atau pengajian tinggi.
Banyak faktor mendorong mereka menghantar anak-anak ke pusat pendidikan swasta, dan faktor ini sudah tentu berbeza mendorong seseorang untuk 'melepaskan' anak anak mereka dari sistem pendidikan kerajaan.
Antara faktor utama adalah, kemampuan kewangan ibubapa. Sudah tentu kalangan ibubapa dari profesional dan elit ingin mempersiapkan pendidikan terbaik untuk anak mereka. Bahkan, kalangan ibubapa dari golongan menengah juga tekad untuk berkorban duit gaji dan mulakan pelaburan pendidikan untuk menghantar anak ke sekolah swasta, samada sekolah tahfiz yang begitu popular kini, atau sekolah antarabangsa yg dilihat mahal yurannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)